Jawapan yang diberitahu oleh wak tersebut, sering kali juga bermain di fikiranku. Kalau diikutkan logik, memang bertepatan dengan apa yang telah aku lalui. Mungkin juga, anda juga turut berasakannya. Ketika kita leka dan lalai dengan kehidupan dunia, masa yang dirasakan bagaikan sedetik, dan tanpa disedari ianya berlalu begitu sahaja. Sementara itu, di sisi yang lain pula, apabila kita menunaikan ibadah, tubuh terasa berat, kudrat bagaikan melayang ditiup angin, masa dirasakan begitu lama sekali.
Terasa diri ini begitu banyak melayani kehendak duniawi, maka, terdetik hati ini untuk menukilkannya disini, walaupun dirasai bagai menunjukkan diri ini macam baik sangat dengan coretan yang berbentuk "Sedar diri" lah kononnya ini. Namun, begitutulah, sering kali akal bertemu dengan nafsu, lantas berlakulah pertempuran.....
Akal vs Nafsu = Winner???
Ternyata akal sering sahaja mengikut kehendak nafsu, lalu mengibarkan bendera putih terhadap Nafsu. Dengan mudah sahaja nafsu menumpaskan akal. Akal ini sering mecari beribu alasan untuk meng'ia'kan kehendak nafsu, lantas membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Kemudian berlakulah pula pertempuran antara Iman vs Nafsu....
Iman vs Nafsu = Winner ???
bersambung....